Warning: Illegal string offset '_imagedir' in /home/novarsit/public_html/forum/lofiversion/index.php on line 545

Warning: Illegal string offset '_emodir' in /home/novarsit/public_html/forum/lofiversion/index.php on line 546
Forum Universiti Utara Malaysia > Harun jual perabot jati tanpa modal
Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Harun jual perabot jati tanpa modal
Forum Universiti Utara Malaysia > Bilik Debat & Pendapat

jinggo
QUOTE
Personaliti Bisnes: Harun jual perabot jati tanpa modal
Oleh Nor Liza Ahmad


user posted image
LAYANAN MESRA: Harun (kiri) menerangkan mengenai
perabot jati kepada pelanggan yang mengunjungi
bilik pameran Projati.

Tempahan rakan cetus idea buka syarikat pengedaran, cipta jenama produk sendiri

PENGALAMAN membantu rakan membeli perabot jati ketika menetap di Indonesia pada 1992, menjadi titik tolak kepada Harun Othman, anak kelahiran Alor Star, Kedah untuk menjadi usahawan berjaya, selepas mencuba beberapa bidang perniagaan lain sebelum itu.





Bermula daripada satu kontena, beliau kini memiliki perniagaan perabotnya sendiri menerusi syarikat Dewaland Corp (M) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Dewaland itu kini menguruskan syarikatnya yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur sebagai pembekal perabot jati dari Indonesia.

Mengenang kembali pembabitannya dalam perniagaan itu, Harun, 54, berkata beliau tidak pernah terfikir untuk menjalankan perniagaan perabot, walaupun sebelum itu pernah terbabit dalam perniagaan.

Harun yang juga bekas tentera pernah menjalankan pelbagai perniagaan, termasuk menjual pakaian selepas berkhidmat 10 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi secara kecil-kecilan.

“Pada 1992, saya memperoleh kontrak sebagai pengedar tunggal pembersih permaidani di Indonesia. Ketika di sana seorang rakan meminta saya membelikan beliau perabot jati memandangkan perabot jenis itu agak mahal di Malaysia.
user posted image
HASIL KEGIGIHAN:
Harun mahu menjadikan
Projati jenama unggul.

“Saya pun bantu membeli perabot di Jakarta tanpa niat nak ambil untung. Selepas sebulan rakan saya itu menempah satu kontena lagi dan beliau memberi ganjaran RM3,000. Saya segan nak ambil, tetapi katanya perabot yang saya belikan dulu sudah dijual,” katanya.

Bermula dari situ, Harun mula mendapat banyak tempahan daripada Malaysia.

“Saya tidak pernah terfikir nak buat duit hanya sekadar membantu rakan membeli perabot memandangkan perabot jati lebih murah di Indonesia.

“Pada peringkat awal saya cuma ambil upah daripada tempahan perabot dari Malaysia. Sebagai contoh saya ambil RM5,000 bagi setiap kontena 20 kaki. Ketika itu saya tak dapat nak tentukan untung jika nak menjual perabot sendiri. Jalan mudah saya cuma ambil upah saja bagi setiap kontena perabot,” katanya yang kini sudah lebih 10 tahun bergiat dalam perniagaan perabot.

Sejak itu, beliau tidak lagi menoleh ke belakang dan kini sudah mempunyai rangkaian pelanggannya sendiri.

Dengan tempahan yang diterima dari Malaysia, Harun tidak memerlukan modal untuk membuat bisnes itu, sebaliknya beliau memperoleh wang pendahuluan daripada tempahan yang diterima.

Sekembali ke Malaysia pada 1995, Harun menubuhkan Dewaland Corp,

sempena mengambil nama tempat kelahiran beliau di Megat Dewa, Jitra. Beliau menggunakan nama Projati sebagai jenama produknya.

Beroperasi secara kecil-kecilan, beliau kemudian menubuhkan ruang pameran perabot jati di Taman Jasa, Batu Cave.

Permintaan yang tinggi terhadap perabot jati menyebabkan beliau sering berulang alik ke Jepara, Jawa Tengah setiap bulan. Di Jepara terdapat kira-kira 7,000 tukang perabot yang mahir.

“Ketika berurusan di Jepara, saya menginap di sebuah hotel tiga bintang yang juga diduduki oleh peniaga perabot dari luar negara. Melihatkan ramai pembeli dari luar negara yang juga menginap di hotel sama, timbul idea untuk mempunyai ruang pameran di Indonesia.

“Saya mula buka ruang pameran di Jepara pada 2000. Pembeli pertama saya dari luar negara ialah dari Bahrain yang membuat tempahan dua kontena perabot,” katanya.

Namun ia bukan mudah seperti disangkakan, eksport pertamanya ke Bahrain mengalami masalah apabila semua perabot rosak.

“Saya terpaksa membayar ganti rugi. Kerosakan perabot disebabkan kayu tidak cukup kering. Daripada situ saya mula belajar, untuk eksport kandungan air dalam kayu mesti di bawah 10 peratus,” katanya yang banyak belajar mengenai kayu jati daripada pengalaman.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana diberi peluang oleh pelanggan Bahrain itu untuk membuat penghantaran buat kali kedua.

Sejak itu, beliau semakin mahir mengenai perabot dan menerima banyak tempahan dari luar negara, antaranya Dubai, Arab Saudi, Filipina, Amerika Syarikat dan Eropah.

Sepanjang menguruskan perniagaan perabot jati, banyak pahit manis yang terpaksa ditanggung. Naik turun bisnes sememangnya menjadi asam garam dunia perniagaan.

Krisis ekonomi dan kenaikan mata wang asing turut memberi kesan kepada perniagaan perabotnya.

Meskipun mengalami masalah dengan permintaan turut merosot, Harun sentiasa mencari jalan untuk meneruskan kesinambungan perniagaannya.

Pelbagai strategi diambil bagi memastikannya terus bertahan, termasuk mengurangkan kos dan membuat jualan terus kepada pelanggan.

Beliau juga lebih menumpukan perhatian kepada operasi perniagaan di Malaysia, sementara di Indonesia diuruskan anak saudaranya.

“Saya nampak perniagaan ini mempunyai potensi besar. Bidang berkaitan seperti ukiran kayu dan kraf tangan mampu memberi hasil yang lumayan,” katanya yang merancang meneroka lebih banyak peluang perniagaan dalam bidang perabot jati.

Harun yang tidak berminat menubuhkan cawangan baru, berpendapat pengembangan dengan cara itu akan menimbulkan banyak masalah.


user posted image
MANFAAT IT: Harun bersama pekerjanya melihat perabot
yang dipamerkan di laman web Projati.

“Menerusi pengalaman rakan saya yang terbabit dalam perniagaan sama dan mempunyai cawangan sendiri, beliau terpaksa menghabiskan banyak masa menyelesaikan masalah di cawangan. Akhirnya urusan pentadbiran perniagaan tidak terurus dan terpaksa menutup perniagaan,” katanya.

Bagi Harun, beliau mahu memanfaatkan rangkaian pelanggan sedia ada dalam mengembangkan perniagaannya.

Matlamat beliau mahu menjadikan Projati sebagai jenama unggul dalam perniagaan perabot jati di Malaysia dan luar negara.

Dewaland tawar pulangan tunai 50 peratus

DEWALAND Corp (M) Sdn Bhd, kini menawarkan pulangan wang tunai sebanyak 50 peratus bagi setiap pembelian produk perabot jati Projati bernilai RM3,000 ke atas.

Pengarah Urusannya, Harun Othman, berkata pelanggan yang membeli produk itu akan mendapat pulangan wang mereka yang dibayar secara berperingkat dalam tempoh 36 bulan.

Beliau berkata, pelanggan yang memperkenalkan produk Projati kepada pelanggan lain akan turut menikmati pulangan 25 peratus daripada pembelian perabot mereka.

“Sebagai contoh jika seseorang pelanggan memberi rak bernilai RM3,000, dia akan menikmati pulangan harga sebanyak 50 peratus dan akan menikmati 25 peratus pulangan lagi jika memperkenalkan produk ini kepada pelanggan lain.

“Ini adalah antara tawaran istimewa kami sediakan kepada pelanggan syarikat. Harga yang ditawarkan ini adalah harga yang dijual di Indonesia,” katanya yang menawarkan 100 peratus rangkaian perabot daripada kayu jati.

Dewaland yang beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai rangkaian perabot yang boleh diperoleh pada harga yang cukup menarik.

Set Meja Makan Salina enam kerusi berharga RM6,500 ditawarkan pada harga RM2,800, Cleopatra Polos Sofa bernilai RM2,450 (RM980) dan meja kopi Minimalis RM1,350 (RM550).

Harun berkata, selain pembekal, pelanggan individu boleh mengunjungi Dewaland untuk melihat sendiri perabot jati bagi menghiasi rumah sempena musim perayaan yang bakal tiba.

Dewaland ditubuhkan pada 1995 mengambil nama sempena tempat kelahiran Harun di Megat Dewa, Jitra, Kedah.

Syarikat itu membekalkan kepada 30 peniaga perabot jati di seluruh negara.

FAKTA
Kayu jati


Jati adalah kayu jenis bermutu tinggi.


Di Indonesia, hutan jati banyak terdapat di Jawa serta pulau Muna, Sumbawa dan Flores.


Sekitar tahun 1800 kayu jati digunakan secara serius bagi perabot di luar rumah.


P/S: Kan betol aku kate nk nega bukan modal DUIT yg paling UTAMA... whistling.gif
bUjaNg^LaPoK
salah fakta..
wartawan tak amik ilmu ekonomi..
mane ko tau..
jinggo
QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 14 2006, 03:33 PM)
salah fakta..
wartawan tak amik ilmu ekonomi..
mane ko tau..

ko juz blaja teori jek. whistling.gif
aku based on fakta sebenar.
cth terdekat rumat aku nega tanpa modal.
nk tau lebih lanjut hubungi IPK mintak no contek Major Enterprise, Sg. Petani. U/p: Em Mohamad. die salah sorg start nega tanpa modal.

P/s: Tu la, UUM sediakan IPK utk kite p kursus tp masing2 buat alasan sibok. pastu mule la lemah smgt. lol.gif
bUjaNg^LaPoK
hehe..
teori tak penah salah n tipu..
modal lam ekonomi bukan bermaksud duit semate2 la jinggo..
modal termasuk gak cam jentera, kilang..ape ke..
tak pong nak mudah, modal = barang yg bleh wat produk same ade produk bleh nampak ke tak nampak..
jinggo
QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 15 2006, 01:57 PM)
hehe..
teori tak penah salah n tipu..
modal lam ekonomi bukan bermaksud duit semate2 la jinggo..
modal termasuk gak cam jentera, kilang..ape ke..
tak pong nak mudah, modal = barang yg bleh wat produk same ade produk bleh nampak ke tak nampak..

haha... baru skrg jang ade sebut modal BUKAN semate2 DUIT. padahal aku dah lame nampok modal tu tu mcm selain duit.
tp jang yg selame ni slh sporg yg menyangkal pendapat aku.
slalu jek sebut xleh nega sbb xde modal, xde duit.
skrg jang sendri dah ngaku modal x semestinye duit. whistling.gif

kalo dlm ekonomi mungkin modal terdiri drp wang + bkn wang (material). tp sebenarnye usaha termasuk dlm MODAL UTAMA.

jang kate teori x pernah tipu.? haha... teori darwin tu tipu ape. ke jang ngaku manusia drp beruk?

so, teratak.gif utk jang lapok. cool.gif
bUjaNg^LaPoK
tapi jinggo, ko mane ade ckp modal tuh bukan selain duit kan??
oit, ko dulu ckp bukan duit penting tp usaha..
usaha = bukan modal..
haha..lam teori ekonomi takde ckp usaha tuh modal..
cume usaha tuh aku rase termsuk lam kategori keusahawanan..
btol tak jinggo...ko paham bahse ke kali ni??? tongue.gif

yg aku kate teori tuh tak tipu merujuk kepada teori ekonomi..
yg Darwin tuh teori sains..
spt yg sedia maklum, teori sains ni pleksibel, bole berubah mengikut keadaan..
teori ekonomi tak camtuh k..
cume ade sesetgh hal jek dia berubah..
pasal ekonomi skang lain berbanding dulu...


jinggoooooooooooooooooooooo!!!
ko paham takkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!
penat r aku...
hishishissssssssssssssssssssssss!!!
jinggo
QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 15 2006, 09:20 PM)
tapi jinggo, ko mane ade ckp modal tuh bukan selain duit kan??
oit, ko dulu ckp bukan duit penting tp usaha..
usaha = bukan modal..
haha..lam teori ekonomi takde ckp usaha tuh modal..
cume usaha tuh aku rase termsuk lam kategori keusahawanan..
btol tak jinggo...ko paham bahse ke kali ni??? tongue.gif

yg aku kate teori tuh tak tipu merujuk kepada teori ekonomi..
yg Darwin tuh teori sains..
spt yg sedia maklum, teori sains ni pleksibel, bole berubah mengikut keadaan..
teori ekonomi tak camtuh k..
cume ade sesetgh hal jek dia berubah..
pasal ekonomi skang lain berbanding dulu...


jinggoooooooooooooooooooooo!!!
ko paham takkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!
penat r aku...
hishishissssssssssssssssssssssss!!!

ek ele, ko x pham ke jang dlm citer paper tuh asalnye juz tolong jek. Harun tuh bukan ade ape2 modal ekonomi pon.

tolong ko kluarkan ape modal ekonomi yg harun tuh ade mase mule2 buat aktiviti nih...!

tolong jgn citer mase die dah berjaye, tp mase start up tuh.
tgk ape pakar ekonomi nih jwb. whistling.gif
bUjaNg^LaPoK
oit..
jinggo, tp ko ckp usaha tu modal kan?
aku nak menyangkal yg mende ko ckp tuh jek..
tongue.gif
jinggo
QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 16 2006, 01:04 PM)
oit..
jinggo, tp ko ckp usaha tu modal kan?
aku nak menyangkal yg mende ko ckp tuh jek..
tongue.gif

ko xde point la jang....

bUjaNg^LaPoK
QUOTE (jinggo @ Oct 16 2006, 02:38 PM)
QUOTE (bUjaNg^LaPoK @ Oct 16 2006, 01:04 PM)
oit..
jinggo, tp ko ckp usaha tu modal kan?
aku nak menyangkal yg mende ko ckp tuh jek..
tongue.gif

ko xde point la jang....

takde point apekebendenye..
ko sniri jugak kate modal bukan teras utama utk wat bisness..
pastu ko kate ushaha..
aku sangkal kate ko, yg bukan usaha dulu..
pasal nak wat bisness kene ade modal dulu, baru usaha tuh akan timbul..
modal lam ekonomi bukan maksud duit..
tuh jek..
btol tak jinggo..
takyah nak belit2 dah..
ko p cari sniri tupik n bace!! lol.gif tongue.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.
Lo-Fi 1.1 iDS Beta, Originally written by Matt,
re-written by Shaun Harrison, Layer 04.com, for pre IPB2.0 versions.