Powered by Invision Power Board

Latest Shouts In The Shoutbox --

[ Smilies | BBCodes ]


Pages: (3) [1] 2 3   ( Go to first unread post ) Reply to this topicStart new topicStart Poll

> Potong Kemaluan Perogol, Patut ke dilaksanakan??
ZeMMs
Posted: Feb 20 2006, 05:33 PM
Quote Post


MASTER
**********

Group: Admin
Posts: 5616
Member No.: 5
Gender:
Race: Malay
Joined: 28-June 04

My Mood:
enjoy...



Aku saje belek-belek utusan ari ni.. bila tengok kat ruangan forum pembaca tu.. aku tertarik pulak dgn luahan sorg minah ni pasal perogol yg patut dipotong je kemaluan nyer... meh kita baca & berikan pendapat masing2 pasal isu ni.. :P

==

SABAN hari kita dengar kes rogol berlaku di negara kita. Ada mangsa yang dirogol bergilir-gilir (terbaru kes gadis bawah umur dirogol oleh 15 lelaki di Muar, Johor).

Ada pula mangsa yang dibunuh dengan kejam (terbaru kes gadis lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diserang semasa berjoging).

Mengapa rogol semakin menjadi-jadi, malah lebih ganas? Apa yang telah terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Ke mana perginya perikemanusiaan?

Perogol adalah manusia, tetapi pemikiran dan kelakuan mereka macam binatang buas.

Mengapa perbuatan buas ini menjadi-jadi? Adakah undang-undang yang sedia ada ini tidak mencukupi untuk menggertak penjenayah yang kejam ini?

Di sini saya ingin memberi cadangan agar semua perogol yang didapati bersalah dikenakan hukuman dipotong kemaluan.

Kita harus faham bahawa semuanya berpunca dari situ, maka kita seharusnya melaksanakan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.


Jangan kata hukuman ini zalim dan melanggar hak asasi manusia kerana jenayah yang dilakukan oleh `binatang' ini jauh lebih zalim dan kejam.

Mereka inilah yang melanggar hak asasi mangsa terlebih dahulu.

Jika hukuman ini dilaksanakan, saya yakin kes-kes ini dapat dikurangkan.

Kami kaum hawa selalu hidup dalam ketakutan.

- HAWA,

Puchong, Selangor.


==
apa kata survey?? :drool:
PMEmail PosterUsers WebsiteYahooMSN
Top
Ad-Bot
Iklan jap!! Hehe...


Sponsored Links!





Gender:
Race:







Top
Mr FiQ
Posted: Feb 20 2006, 07:22 PM
Quote Post


Super Taiko
*******

Group: Super Moderator
Posts: 655
Member No.: 59
Gender:
Race: Malay
Joined: 13-July 04

My Mood:
Gembira.... lalalala!!!



Aku rasa minah ni mungkin ada tekanan perasaan la.... suka ati dia je ckp camtu... :angry:

Bukannye aku setuju ngan perogol tu... tapi sekurang-kurangnya kita kena la rasional ngan cdgn yg nk diberikan......... dah le siap masuk utusan lg tu....

=========

Bukankah Allah dah siapkan hukuman yg sesuai??? :rolleyes:
PMEmail PosterUsers WebsiteYahoo
Top
Dato_Seri
Posted: Feb 20 2006, 09:59 PM
Quote Post


Super Duper Taiko
********

Group: Members
Posts: 980
Member No.: 5019
Gender:
Race: Malay
Joined: 16-December 05






Semua orang dah tahu hukuman yang telah ditetapkan Allah swt dalam hal ini. soalnya mengapa ianya tidak dilaksanakan? ada yang berpendapat hukuman ini zalim dan tidak masuk akal, Masyaallah, yang bercakap ini bukan orang kafir, tetapi orang Islam sendiri. Ada pulak yang menyindir mengatakan jika dilaksanakan hukuman hudud, maka akan berkuranglah umat Islam dan ramailah org Islam yang kudung. bukan orang lain. bekas PM sendiri yang cakap.

Inilah akibatnya jika kita berfikir menggunakan logik akal semata-mata tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis. mungkin makcik yang mengesyorkan agar dipotong kemaluan perogol itu juga jahil mengenai hukum Islam. Baik, jika dia menggunakan lojik akal, mari kita gunakan logik akal untuk berhujah.

1. seorang pelacur, apabila ditangkap wajar dijahit kemaluannya supaya tidak melacur lagi pada masa depan.
2. seorang penzina wajar dikasi, kedua-duanya, lelaki dan perempuan agar tidak mengulangi perbuatannya pada masa depan.
3. seseorang yang berpakaian menjolok mata, umpamanya mendedahkan sebahagian payudara, wajar dipotong payudaranya agar dia merasa malu dengan dadanya yang rata dan tidak mendedahkannya lagi pada masa depan...

soalnya wajarkah kita mengenakan hukuman yang sebegitu? tentu sekali TIDAK kerana hukumannya telah ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Siapa kita untuk mempersoalkan dan membantah apatah lagi memperkecilkan hukuman Allah??? apakah kita merasakan kita lebih bijak dari Tuhan? fikir-fikirkan.....
PMEmail Poster
Top
ZeMMs
Posted: Feb 21 2006, 12:51 AM
Quote Post


MASTER
**********

Group: Admin
Posts: 5616
Member No.: 5
Gender:
Race: Malay
Joined: 28-June 04

My Mood:
enjoy...



QUOTE (Mr FiQ @ Feb 20 2006, 07:22 PM)
Bukankah Allah dah siapkan hukuman yg sesuai???  :rolleyes:

QUOTE (fn_pro)
Semua orang dah tahu hukuman yang telah ditetapkan Allah swt dalam hal ini.


QUOTE (fn_pro)
soalnya wajarkah kita mengenakan hukuman yang sebegitu? tentu sekali TIDAK kerana hukumannya telah ditentukan oleh Yang Maha Pencipta.


Emm... jap..aku ade kemusykilan sket la.. boleh tak korg2 yg kata 'hukumannye dah pun ditetapkan oleh Allah' ni spesifikkan ape hukumannye sebenarnye?? serius ni aku tak tau.. bukan ape..aku cuba cari gak dlm hukuman hudud ke dan seumpamanya utk hukuman kpd jenayah rogol... tp yang aku jumpe takat sampai hukuman penzina yg dah kahwin (rejam) ngan yg belum kahwin (sebat) je paling dekat... aku langsung tak jumpa hukuman kepada penjenayah 'rogol' yang dah ditetapkan dalam Islam macam korang kata... plz explain.. <_<
PMEmail PosterUsers WebsiteYahooMSN
Top
Mr FiQ
Posted: Feb 21 2006, 10:00 AM
Quote Post


Super Taiko
*******

Group: Super Moderator
Posts: 655
Member No.: 59
Gender:
Race: Malay
Joined: 13-July 04

My Mood:
Gembira.... lalalala!!!



Potong kemaluan bukan penyelesaian

SAYA ingin merujuk surat Hawa dari Puchong, Selangor pada 20 Februari 2006, yang mencadangkan agar semua perogol yang didapati bersalah dikenakan hukuman potong kemaluan.

Hukuman memotong kemaluan atau kasi tidak pernah diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang di Malaysia. Jadi, untuk melaksanakan hukuman sedemikian, beberapa langkah perlu dilalui untuk penggubalan peruntukan undang-undang yang baru. Peruntukan yang ada ialah penjara 10 tahun dan sebatan maksimum 20 kali.

Proses untuk meminda undang-undang tentunya mengambil masa yang lama untuk dibincang sebelum diluluskan Parlimen.

Kasi dan kaedah pengasian kimia telah digunakan bagi perogol berulang atau tegar dalam sesetengah negara. Di sesetengah negara lain, rogol adalah jenayah yang boleh dihukum rejam.

Di negara-negara Barat, jenayah ini biasanya dihukum dengan pemenjaraan jangka panjang yang mana hukuman tersebut merupakan hukuman yang maksimum. Pada permulaan abad ke-20, hukuman mati juga dilaksanakan di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat. Pelbagai jenis hukuman telah dilaksanakan di beberapa negara di dunia. Namun, jenayah rogol tetap berlaku bahkan berleluasa di kebanyakan negara.

Sebagai penuntut undang-undang, saya menasihatkan agar jangan dimasukkan unsur emosi dalam menangani masalah ini. Pernahkah rakyat Malaysia melihat bagaimana sebatan dikenakan ke atas penjenayah yang bersalah?

Cadangan agar sebatan diadakan di khalayak ramai agak munasabah berbanding memotong kemaluan. Ini kerana undang-undang diwujudkan bukan untuk menghukum, tetapi untuk mengatur dan menguruskan kehidupan manusia.

Seorang perogol mungkin akan bertaubat selepas menjalani hukuman. Maka, tidak adil sekiranya kemaluannya dipotong sedangkan kehidupannya perlu diteruskan seperti orang biasa.

Sekiranya sebatan di khalayak umum dilaksanakan, besar kemungkinan pesalah itu akan merasa malu dan takut untuk mengulanginya.

Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang lain yang akan takut melakukan jenayah itu kerana pelaksanaannya cukup menyeksakan dan bagi sesetengah pihak ada yang menganggapnya sebagai zalim.

Berbalik kepada tujuan undang-undang diciptakan, sepatutnya undang-undang ini sudah cukup untuk menggertak masyarakat daripada melakukan jenayah.

Namun, perkara yang diharapkan tidak berlaku. Masalah yang berlaku perlu diteliti lebih mendalam hingga ke akar umbi punca sebenarnya.

Desakan kuat melakukan perlakuan seksual cukup banyak pada masa kini. Atas desakan ini, besar kemungkinan ada sesetengah mereka terdorong untuk merogol kaum wanita termasuk anak sendiri untuk melepaskan nafsu yang terangsang itu.

Desakan yang saya maksudkan ialah dorongan nafsu seksual melalui rangsangan video lucah dan gambar-gambar seksi.

Penjualan video lucah sangat berleluasa di Malaysia. Ini tidak terhad kepada VCD semata-mata, bahkan ia boleh dimuat turun daripada Internet dan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit. Ini terbukti dalam beberapa kes rogol termasuk satu kes melibatkan seorang datuk berumur 55 tahun yang melakukan sumbang mahram dengan cucunya akibat terangsang setelah menonton VCD lucah.

Drama-drama dan filem-filem yang ditayangkan di Malaysia juga sudah mula membenarkan adegan bercium dan intim lelaki perempuan yang bukannya suami isteri.

Saya mengakui kaum Hawa kini sering berada dalam ketakutan kerana bimbang keselamatan mereka terancam.

Selain hukuman dijatuhkan ke atas perogol sebegini, langkah pencegahan juga perlu dilaksanakan. Saya percaya sekiranya kedua-dua langkah ini dilaksanakan dengan baik, kita dapat mengurangkan jenayah rogol daripada berleluasa.

- PENUNTUT UNDANG-UNDANG,

Melaka.
PMEmail PosterUsers WebsiteYahoo
Top
Zack
Posted: Feb 21 2006, 07:18 PM
Quote Post


Super Taiko
*******

Group: Members
Posts: 794
Member No.: 168
Gender:
Race: Malay
Joined: 15-September 04






Klu potong hilanglah kelakian dia tp klu x potong mungkin dia akan merogol ramai prmpn lg!! So mcm mn?
PMEmail Poster
Top
ZeMMs
Posted: Feb 21 2006, 07:33 PM
Quote Post


MASTER
**********

Group: Admin
Posts: 5616
Member No.: 5
Gender:
Race: Malay
Joined: 28-June 04

My Mood:
enjoy...



QUOTE (Zack @ Feb 21 2006, 07:18 PM)
Klu potong hilanglah kelakian dia tp klu x potong mungkin dia akan merogol ramai prmpn lg!! So mcm mn?

Kalau aku la kan... penjarakan perogol tu seumur hidup je... habis citer...
tak boleh dia nak rogol sape-sape dah...

QUOTE
mm... jap..aku ade kemusykilan sket la.. boleh tak korg2 yg kata 'hukumannye dah pun ditetapkan oleh Allah' ni spesifikkan ape hukumannye sebenarnye?? serius ni aku tak tau.. bukan ape..aku cuba cari gak dlm hukuman hudud ke dan seumpamanya utk hukuman kpd jenayah rogol... tp yang aku jumpe takat sampai hukuman penzina yg dah kahwin (rejam) ngan yg belum kahwin (sebat) je paling dekat... aku langsung tak jumpa hukuman kepada penjenayah 'rogol' yang dah ditetapkan dalam Islam macam korang kata... plz explain..


Hmm.. sori aku quote diri sendiri... tp aku still menunggu jawapan tentang perkara ni... aku pun nak tau gak hukuman camne yg dah ditetapkan utk psalah PEROGOL. Betul ni..aku tak pnah dengar lagi.. :whistle:
PMEmail PosterUsers WebsiteYahooMSN
Top
Zack
Posted: Feb 21 2006, 07:45 PM
Quote Post


Super Taiko
*******

Group: Members
Posts: 794
Member No.: 168
Gender:
Race: Malay
Joined: 15-September 04






QUOTE (ZeMMs @ Feb 21 2006, 07:33 AM)
QUOTE (Zack @ Feb 21 2006, 07:18 PM)
Klu potong hilanglah kelakian dia tp klu x potong mungkin dia akan merogol ramai prmpn lg!! So mcm mn?

Kalau aku la kan... penjarakan perogol tu seumur hidup je... habis citer...
tak boleh dia nak rogol sape-sape dah...

QUOTE
mm... jap..aku ade kemusykilan sket la.. boleh tak korg2 yg kata 'hukumannye dah pun ditetapkan oleh Allah' ni spesifikkan ape hukumannye sebenarnye?? serius ni aku tak tau.. bukan ape..aku cuba cari gak dlm hukuman hudud ke dan seumpamanya utk hukuman kpd jenayah rogol... tp yang aku jumpe takat sampai hukuman penzina yg dah kahwin (rejam) ngan yg belum kahwin (sebat) je paling dekat... aku langsung tak jumpa hukuman kepada penjenayah 'rogol' yang dah ditetapkan dalam Islam macam korang kata... plz explain..


Hmm.. sori aku quote diri sendiri... tp aku still menunggu jawapan tentang perkara ni... aku pun nak tau gak hukuman camne yg dah ditetapkan utk psalah PEROGOL. Betul ni..aku tak pnah dengar lagi.. :whistle:

Tp klu terlepas mcm mn? Dia kan rogol lg!
PMEmail Poster
Top
ZeMMs
Posted: Feb 21 2006, 07:53 PM
Quote Post


MASTER
**********

Group: Admin
Posts: 5616
Member No.: 5
Gender:
Race: Malay
Joined: 28-June 04

My Mood:
enjoy...



QUOTE (Zack @ Feb 21 2006, 07:45 PM)
Tp klu terlepas mcm mn? Dia kan rogol lg!

Kalau terlepas susah la.. sebab tu kene bagi sampai tak boleh terlepas..
tp jarang kita dengar org leh terlepas dari penjara..
kalau terlepas pun.... mesti berjaya kene tangkap balik sbb dia takde tpt nak lari.. :(
PMEmail PosterUsers WebsiteYahooMSN
Top
Dato_Seri
Posted: Feb 21 2006, 08:29 PM
Quote Post


Super Duper Taiko
********

Group: Members
Posts: 980
Member No.: 5019
Gender:
Race: Malay
Joined: 16-December 05






kehadapan saudara Zemss yang dihormati...

Jika anda masih lagi keliru dan tak tahu hukuman yang ditetapkan oleh Allah dalam hal ini, diminta saudara membaca artikel ini sehingga habis.....

Allah S.WT. berfirman:

Bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dan keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan har akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur: 2)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, yang berakal dan yang masih bujang atau perawan yang masih belum berkahwin) adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan sebutan hukuman ke atas perempuan dalam kes zina dan memulakan sebutan hukuman kepada lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan daripada godaan perempuan, yang boleh mengaibkannya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan ke atasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku ke atas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih berbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu. Maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan. Pada zahirnya ayat-ayat ini telah menerangkan akan ketetapan hukuman ke atas penzina-penzina, iaitu seratus sebatan (rotan) tetapi telah ditetapkan dalam sunnah yang qat’ie dan mutawatir akan perbezaan hukuman di antara penzina-penzina yang telah berkahwin dan yang belum berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati dengan mengikuti sunnah secara lisan dan perbuatan.

Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”

Janganlah kamu berlembut dan merasa belas kasihan ketika hendak melaksanakan hukuman ke atas penzina kerana mi adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. juga tidak boleh merosakkan hudud Allah S.WT. yang telah ditetapkan dan yang wajib ialah mengikut nas-nas yang telah ditetapkan sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. daripada apa telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashabul Kutub as-Sittah daripada Aisyah r.a., yang bermaksud:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah binti Muhammad pencuri, sesungguhnya aku akan potong tangannya.”

Maka laksanakanlah hudud ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberi pengajaran ke atas mereka jika kamu beriman dengan Allah S.WT. dan han Akhirat. Laksanakanlah hudud secara terang-terangan di hadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam sebagai tambahan balasan bagi orang-orang yang berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila di sebat di hadapan manusia, akan memberi kesan yang lebih untuk menegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah: “Allah S.WT. telah memerintahkan sekumpulan daripada orang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran.”

Kes-kes zina ini akan disabitkan dengan salah satu daripada tiga perkara ini:

1. lqrar ataupun pengakuan: ini selalu berlaku ketika zaman pemerintahan Islam.
2. Keterangan ataupun penyaksian: iaitu penyaksian empat orang saksi lelaki yang merdeka, yang adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata. mi sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali terlalu sedikit.
3. Mempunyai hubungan dengan perempuan yang mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

Rujukan:
Tafsir al-Munir, jid. 18, him. 128/129.

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga mejadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukum hudud antaranya adalah hukum bagi mereka yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu:

1. Sebat 100 rotan untuk pesalah yang belum berkahwin. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.
2. Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang dijalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu ulama menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwinjika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mêncubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi pesalah jenis mi adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat’perkahwinan. Keinginan mereka melakukan perzinaan itu adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah berkahwin kerana pesalahjenis im sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Sememangnya didalam Al-Quran tidak menyebut secara jelas mengenai hukuman bagi ROGOL. Apa yang selalu dihuraikan adalah mengenai hukuman bagi kesalahan zina. Adapun sebagai manusia yang berakal, dapatkah kita membezakan antara rogol dan zina? Ya, ia adalah perbuatan yang hampir sama. Cuma apa yang membezakannya, rogol adalah hubungan seks secara haram (atau dengan perkataan lain, ZINA) secara PAKSAAN. Ini bermakna hukuman bagi PEROGOL adalah sama dengan hukuman bagi PENZINA. Apa yang mengelirukan Zemms ialah dari segi penggunaan bahasa. Rogol juga adalah salah satu bentuk zina yang dilakukan secara paksaan terhadap wanita tersebut. Ini bermakna jika zina tersebut bukanlah dilakukan dengan kerelaan wanita itu, hukuman hanya dijatuhkan kepada si lelaki.

Perlu diingat, hukuman yang ditetapkan oleh Al-Quran bukanlah untuk tujuan menghukum, tetapi bagi tujuan mencegah sesuatu perkara itu daripada berlaku. Ianya juga akan menimbulkan ketakutan kepada manusia untuk melakukan kesalahan kerana hukuman tersebut telah diperintahkan supaya dijalankan dihadapan khalayak ramai. Bandingkan dengan hukuman yang ditetapkan oleh undang2 negara, iaitu penjara 10 tahun dan sebatan maksimum 20 kali. Inilah yang sebenarnya jauh lebih zalim kerana perogol dibela selama 10 tahun. tak perlu kerja, hari2 dapat makan. 10 tahun pulak tu. siapa yang bayar dia makan? kita semualah sebagai pembayar cukai. kita rakyat Malaysia sebenarnya sedang membela perogol-perogol didalam penjara sedangkan mangsa rogol kita hina, kita sisihkan, kita pandang serong. mangsa rogol menderita seumur hidup!!!! tetapi kita, rakyat Malaysia yang prihatin, telah membela orang yang memusnahkan, menghancurkan maruah dan masa depan anak, kakak dan ibu kita....!!!! SIAPA YANG ZALIM????
PMEmail Poster
Top
noname
Posted: Feb 22 2006, 08:53 AM
Quote Post


Unregistered





Gender:
Race:







QUOTE (ZeMMs @ Feb 21 2006, 07:33 PM)
Hmm.. sori aku quote diri sendiri... tp aku still menunggu jawapan tentang perkara ni... aku pun nak tau gak hukuman camne yg dah ditetapkan utk psalah PEROGOL. Betul ni..aku tak pnah dengar lagi..

aku tak tau lak ape hukuman seorang perogol ni yang d tentukan Allah.. tapi kan kite smua tau, setiap keburukan yg kita wat akan d balas.. tak yah la d fikirkan apa bentuk hukuman Allah tu.. n hukum Allah tu tak semestinya akan d balas d SANA je, di dunia pun bole jugak..

kita tak leh nak literal sangat kalau nak berbicara soal agama.. maksud aku, kita jgn pikirkan bebenda yg beyond pemikiran kita.. apa yg dah d beritahu oleh Rasulullah n sahabat tu dah memadai utk kita jadikan landasan n asas kita berfikir sebagai khalifah n umat yg lemah...

:peace:


bg kes potong kemaluan ni, aku rasa kalau ikut hati, mmg aku nak potong je anu dia tu, tapi dalam kes ni, bukan ANU dia yg bermasalah, tapi kepala otak dia tu yg ada problem, skali lagi, kalau ikut hati, pancung je pale dia tu,.. tapi kita kena ikut rasional, so ikut la undang2 yg dah d tetapkan.. kalau tak puas ati dgn undang2 yg dah sedia ada, then wat la undang2 baru n kemukakan kat sesape yg berkaitan, then terime apa je keputusan dorg either kena terima or reject undang2 baru korang tu..

tp bg aku la kan, perogol2 ni kena kawen.. (tp sape nak kawen dgn dorng..? muehhahh). perogol2 ni kena d hantar kat sebuah pulau.. d mana d pulau tu, biarkan dorg wat ape yg dorg suke.. tapi kena wat kawalan la.. kang dorg wat memenda lain lak.. cthnya dorg wat bom nak bom kerajaan ke ape ke.. kan kan.? eheh..

tapi, bg aku, ok jugak kalau d hantar ke penjara.. ape la sangat duit rakya tu.. kita menyumbang pun bukan ke arah keburukan.. utk kebaikan bersama gak.. so.. kesimpulannya, jgn la potong anu dorg tu.. :kuikuikui:
Top
ZeMMs
Posted: Feb 22 2006, 09:55 AM
Quote Post


MASTER
**********

Group: Admin
Posts: 5616
Member No.: 5
Gender:
Race: Malay
Joined: 28-June 04

My Mood:
enjoy...



QUOTE (noname @ Feb 22 2006, 08:53 AM)
aku tak tau lak ape hukuman seorang perogol ni yang d tentukan Allah.. tapi kan kite smua tau, setiap keburukan yg kita wat akan d balas.. tak yah la d fikirkan apa bentuk hukuman Allah tu.. n hukum Allah tu tak semestinya akan d balas d SANA je, di dunia pun bole jugak..

kita tak leh nak literal sangat kalau nak berbicara soal agama.. maksud aku, kita jgn pikirkan bebenda yg beyond pemikiran kita.. apa yg dah d beritahu oleh Rasulullah n sahabat tu dah memadai utk kita jadikan landasan n asas kita berfikir sebagai khalifah n umat yg lemah...

Yang aku tanya tu bukan bentuk hukuman kat SANA tu.. tapi bentuk hukuman kat dunia ni la. dengan kata lain... aku tertanya-tanya "ada ke hukuman kepada pesalah rogol ditetapkan dalam al-quran ataupun hadis".. dengan kata lain... hukuman hudud kepada pesalah rogol la yg berlandaskan syariah. Aku just nak tau..sebab selame ni yg aku penah dengar cuma takat hukuman sebat kpd pesalah zina.

Terima kasih kat fn_pro sbb postkan artikel tuh. Tp seperti yg telah pun ditulis, mmg dah terbukti lah hukuman kepada perogol TIDAK ditetapkan oleh Islam. Dari mula sampai habis cuma diterangkan pasal zina. Aku tak berapa setuju bila menyamakan hukuman jenayah zina dengan jenayah rogol dengan mengatakan rogol adalah zina secara paksaan. Rogol bukanlah 'zina'. Rogol adalah rogol. Zina adalah zina. Kedua-duanya adalah dua bentuk jenayah yg amat berbeza jadi hukumannye pun patut berbeza. aku akan terangkan kemudian knape aku kata 'amat' berbeza.

QUOTE
Apa yang mengelirukan Zemms ialah dari segi penggunaan bahasa. Rogol juga adalah salah satu bentuk zina yang dilakukan secara paksaan terhadap wanita tersebut. Ini bermakna jika zina tersebut bukanlah dilakukan dengan kerelaan wanita itu, hukuman hanya dijatuhkan kepada si lelaki.

Rogol BUKAN suatu bentuk zina dan hukuman yg dijatuhkan kpd pesalah rogol sepatutnya tak boleh sama dengan hukuman yg dijatuhkan kpd pesalah zina. Kenapa??? Zina adalah suatu bentuk jenayah maruah semata-mata... sebab kedua-dua pihak melakukannya dengan 'rela'. Tak ada pencabulan hak yg berlaku kat sini.. ianya setakat seks haram dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Tiada MANGSA dalam jenayah zina. Berbeza dengan ROGOL, ROGOL adalah suatu bentuk jenayah pencabulan hak DAN maruah... yang mana hak seorg perempuan DIRAMPAS..begitu juga dengan kehormatan diri dia, a.k.a maruah. Belum kira lg keganasan yg berlaku semasa kejadian merogol tu yg boleh membawa kpd kematian, ataupun tekanan mental emosi seumur hidup kpd mangsa rogol. Ada MANGSA dalam jenayah rogol. Sebab tu aku kata hukuman kpd pesalah rogol tak boleh sama dengan hukuman kepada jenayah zina.... HUKUMAN JENAYAH ROGOL PATUT LEBIH BERAT.

Pada aku.. hukuman yg dah ada skarang dah cukup perit untuk mengajar perogol-perogol ni. Sebatan 20 kali tu jangan lupa... sebatan dengan tali cemeti.. BUKAN rotan. Kita pun dah tengok dalam pameran2 polis...macammane kesannye sebatan dgn tali cemeti ni.. sampai terkoyak kulit. Kesakitannye terlalu kuat sampaikan tak boleh disebat 20 kali berturut-turut.. kene 'to be continued' lak ikut hari2 tertentu sampai jumlah sebatan tu 20 kali. Dah la kene sebat.. pastu lak kene penjara 10 tahun! 10 tahun bukannye sekejap beb. Pada aku.. memenjara perogol2 ni bukannya 'membela' diorg. Sebab apa? Try la masuk penjara seminggu.... mesti rasa nak bunuh diri. Penjara adalah suatu bentuk hukuman psikologi. hukuman kpd mental. Walaupun kita bg dia makan hari-hari... namun kita bg dia mkn tu adalah supaya dia kene teruskan hidup yg perit dalam penjara. Tp jangan lupa... ada lagi satu tujuan di sebalik dipenjarakan selame 10 tahun. Tujuannye adalah utk menginsafkan dia. 10 tahun hidup dia sia-sia... mostly akan jadi insaf. Cuba bayangkan kalau hidup korang disia-siakan selame 10 tahun??

Sekadar pandangan... <_<

(ps: kalau tak puas ati gak ngan hukuman skrg... pe kate tambah la lg 10 tahun penjara.. jadi 20 tahun.. tak puas ati gak?? tambah lg 100 tahun...a.k.a seumur hidup terus)
PMEmail PosterUsers WebsiteYahooMSN
Top
noname
Posted: Feb 22 2006, 10:10 AM
Quote Post


Unregistered





Gender:
Race:







utk pertama kalinya dalam sejarah bidas membidas, aku setuju dgn pandangan mr zemms.. :VV:

betul2.. 10 tahun bukan sekejap.. kalau ada anak, darjah 4 dah anak kita tu.. so, aku rasa, takat ni mmg berkesan.. tapi masalahnya ada perogol yg tak d tangkap tu yg jadi problem tu
Top
Mr FiQ
Posted: Feb 22 2006, 03:25 PM
Quote Post


Super Taiko
*******

Group: Super Moderator
Posts: 655
Member No.: 59
Gender:
Race: Malay
Joined: 13-July 04

My Mood:
Gembira.... lalalala!!!



QUOTE
Ada MANGSA dalam jenayah rogol. Sebab tu aku kata hukuman kpd pesalah rogol tak boleh sama dengan hukuman kepada jenayah zina.... HUKUMAN JENAYAH ROGOL PATUT LEBIH BERAT.


Kalau anda berzina dengan sesorg di bawah umur.... anda dikira merogolnya.... walaupun pada hakikatnya suka sama suka. Bukan ke tak berlaku pencabulan hak kat situ. Depa suka sama suka. Awat si tertuduh didakwa atas kesalahan merogol?? Itu le apa yg berlaku pd undang2 sivil.

Perlukah hukuman terhadap perogol lebih berat?? Sedangkan hukuman sedia ada masih belum terlaksana?? Macam mana kita nak menilai sesuatu yg belum terlaksana???
PMEmail PosterUsers WebsiteYahoo
Top
Zack
Posted: Feb 22 2006, 03:31 PM
Quote Post


Super Taiko
*******

Group: Members
Posts: 794
Member No.: 168
Gender:
Race: Malay
Joined: 15-September 04






Jgn kt tambahkan lg bilangan perogol dan mangsa rogol. Kesianla pd prmpn2 ni. Ingatlah bhw prmpn2 ni ada yg merupakan ibu org, anak org, adik org, kakak org dan isteri org. Mcm mn diorg nak berhadapan dgn org klu dah kena rogol? Tentulah diorg malu. Peliharalah maruah wanita, lindungilah wanita.


-Berbaktilah kepada keluarga, masyarakat dan bangsa
Hindarilah maksiat dan hiduplah dgn rukun damai!
PMEmail Poster
Top
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

Topic Options Pages: (3) [1] 2 3  Reply to this topicStart new topicStart Poll



 

Lo-Fi Version